MUKA BAPAK KEPADA SEGALA PENIPU RAKYAT
|
HENSEM TAK SAYA.. |
IPOH - Bilangan genap kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di sesetengah
negeri serta Parlimen akan dijadikan jumlah ganjil melalui persempadanan
semula kawasan pilihan raya yang kajian mengenainya akan bermula hujung
tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
berkata bagaimanapun SPR akan melihat kepada kesesuaian sebelum
melaksanakannya.
"Ini satu perkara yang akan diperbetulkan oleh SPR dalam persempadanan
semula. Cadangan menjadikan jumlah kerusi kepada angka ganjil itu bukan
satu asas untuk kita buat (persempadanan semula) kerana asas pentingnya
ada perkara lain mengikut Perlembagaan, tapi satu daripada pertimbangan
SPR adalah angka genap," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam
penghargaan kepada petugas Pilihan Raya Umum ke-13 di negeri Perak di
sini malam tadi, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa undang-undang
untuk menentukan pihak yang perlu menjadi pemerintah apabila berlaku
keputusan seri dalam pilihan raya.
Mengenai 'post-mortem' PRU13 yang diadakan di Selangor, Melaka, Sabah,
Perlis dan Kedah, Abdul Aziz berkata kebanyakan petugas SPR menghadapi
masalah yang sama selain berlaku beberapa kelemahan serupa dalam aspek
teknikal.
Beliau berkata kelemahan dalam aspek kursus dan latihan praktikal untuk
petugas pilihan raya serta beberapa masalah teknikal lain yang
disuarakan oleh petugas SPR melalui post mortem itu akan diperbaiki di
samping memberi penambahbaikan.
"Semua perkara ini diteliti supaya tidak berlaku lagi kesilapan
teknikal yang tidak mengakibatkan atau mengubah bilangan yang menang
atau kalah...maklum balas yang kita terima akan diperbaiki," katanya.
Sebagai contoh, katanya, SPR akan membuat perbezaan mengenai ejen calon
pilihan raya semasa pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, Terengganu 24
Julai ini.
"Ejen calon sebelum ini mengenakan pas dengan warna yang sama,
sedangkan mereka mungkin ejen calon untuk ditempatkan di barong SPR,
ejen calon di bilik mengundi atau ejen untuk pengiraan undi. Mereka
tidak dapat dilihat secara mudah kerana pas mereka berwarna sama,"
katanya.
Abdul Aziz berkata kelemahan SPR semasa PRU13 tidak sewajarnya
ditafsirkan sebagai penipuan oleh SPR. Ini, katanya, kerana sistem
pilihan raya membenarkan proses itu dihadiri ejen calon dari mula
penamaan calon sehinggalah pengiraan undi dengan kesemua proses pilihan
raya adalah jelas dan tegar, katanya. - Bernama
P/S : KAH..KAH..KAH..KENE TIPU LAGI LAH KITA SEMUA HOIITT..BAPAK PENYAMUN SURUH BAPAK PENIPU BUAT MAGIK LAGI HOIITT..KUALA BESUT PALING GEMPAK HOIITT..ADE MINYAK MENTAH HOOITT KAT JAJAHAN TAKHLUK NEGERI TUH HOIITT..
SAPE NAK BAGI HOIITT..BODOH LAH ORANG TUH HOOIITT..KAH..KAH..KAH..