REFORMASI!!!..
REFORMASI!!!..
REFORMASI!!!..
Slogan keramat yang
memecah suasana tenang politik Malaysia sesudah bekas Timbalan Perdana
Menteri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.
Maka bermulalah gerakan
besar-besaran rakyat yang bangun mempertahankan keadilan dan menyanggah
kezaliman Mahathir dan kuncu-kuncunya sejak krisis ekonomi Asia setahun
sebelumnya.
Jika diamati gerakan ini
yang genap 13 tahun hari ini, telah banyak kebobrokan rejim Umno/BN
dibongkar satu persatu melalui serangan politik yang konsisten biarpun
Anwar sendiri hidup di penjara selama enam tahun.
Dan, setelah 15 tahun
berlalu, Anwar tetap istiqamah dengan pendiriannya bahawa rejim
Umno/BN mesti ditumbangkan untuk menyelamatkan Malaysia dari
kemusnahan total tidak kira siapa pemimpinnya.
No comments:
Post a Comment