|
KES KETUM... |
Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan daun ketum - Mufti
KANGAR 16 Dis. 2013 - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan
daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan
kepada mereka yang menggunakannya.
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata perkara itu diputuskan
dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah
maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh
mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam
kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada
pemberita, di sini hari ini.
Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan
kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat
seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.
"Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah
Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya
membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat
tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun
ketum," katanya.
Selain itu katanya, pihak polis juga menghadapi masalah untuk
menguatkuasakan undang-undang terhadap suspek kerana mereka yang ditahan
atas kesalahan berkaitan daun ketum tidak boleh direman, sebaliknya
dibebaskan sementara menunggu didakwa.
Diharapkan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan
memantapkan lagi tugas pihak berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun
ketum yang pada satu ketika dulu pernah dijadikan ubat tradisional,
katanya.
Juanda juga menegaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat
selepas mendengar penjelasan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri
berhubung penggunaan daun ketum.
Ketagihan daun ketum ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu
terbabit tetapi juga menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah,
kata Juanda lagi. - BERNAMA
P/S : SO SKRG KORANG BACA ADER SORANG MANGKUK NIH CAKAP..ADAKAH DAH TERMINUM AIR KETUM NIH OR MABUK TODI MURAH..
|
PM PALING BANGANG MENERAJUI MALAYSIA SEKARANG NIH.. |
Najib: Saya amat berharap untuk melihat
setiap orang termasuk yang kaya, yang kurang berada, penduduk bandar,
kampung tidak kira bangsa dapat bersama-sama dalam 'pengembaraan'
transformasi ekonomi ini dalam mencapai sasaran kita menjadi negara
berpendapatan tinggi.
Program PM dan TPM @ Utusan Live