Undang-undang Suruhanjaya Integriti sudah mencukupi.
|
TIMBALAN KPN.. |
PUTRAJAYA 15 Jun - Undang-undang yang terdapat dalam Suruhanjaya
Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) sudah cukup untuk memantau salah
laku pegawai penguat kuasa tanpa perlu menubuhkan suruhanjaya baru.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin
berkata, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen itu lebih berkesan
dan praktikal berbanding cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan
Salah Laku Polis (IPCMC).
"Sekarang kita sudah mempunyai undang-undang SIAP yang telah
diluluskan di Parlimen dan memerlukan mereka melaksanakan undang-undang
serta peraturan yang telah ditetapkan.
"Undang-undang ini juga lebih kuat daripada apa yang dicadangkan
seperti IPCMC. Jadi saya rasa cukup undang-undang sedia ada dan kita
laksanakan undang-undang berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas
merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Isu penubuhan IPCMC yang disaran dalam 125 Syor oleh Suruhanjaya
Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) pada 2004 ditimbulkan semula ekoran kematian tiga tahanan dalam
lokap baru-baru ini.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng
Kuan baru-baru ini menegaskan, Kabinet memutuskan rombakan besar dan
penambahan bidang kuasa kepada SIAP adalah pilihan lebih bijak
berbanding menubuhkan suruhanjaya baharu seperti IPCMC.
P/S: PADA PENDAPAT AKULAH,SELAGI JABATAN,BADAN,AGENSI,SURUHANJAYA OR NTAH APE2 LAGI KE NAME NYE YG TERLETAK DIBAWAH TAKHLUK,TELUNJUK,ARAHAN DARI KERAJAAN YG MEMERINTAH BERPUSAT DI PUTRAJAYA MEMANG PAYAH LAH NAK SOLVE SEGALA MASALAH ATAU KEPINCANGAN YG BERLAKU..BERBEZA JIKA PERLAKSANAAN IPCMC SEPERTI YG DI CADANGKAN.
MENGAPA??..SEBAB SETIAP JABATAN,BADAN,AGENSI,SURUHANJAYA TADI TIDAK DAPAT DIPANTAU SECARA UMUM KEBERKESANAN NYA KERANA MASIH BERADA DI BAWAH KETIAK PEMERINTAH,SO SEPATUT NYE JABATAN,BADAN,AGENSI,SURUHANJAYA TADI MESTI TIDAK PRO PADA MANE2 PIHAK,JAUHKAN DIRI DARI PUTRAJAYA..ANGGOTA NYE JUGA HARUS DILANTIK SECARA INDEPENDENT BUKAN MELALUI SPA,JUGA MESTI PAHAM BERKENAAN UNDANG2 DAN PERLEMBAGAAN NEGARA JUGA JATI DIRI TIDAK BIAS PADA MANA2 PIHAK..
KLAU DAH MELALUI SPA,GAJI PUN GOV BAYAR,SLIP GAJI PUN MELALUI GOV,KENAIKAN PUN MELALUI GOV MAKA JAWAPAN AKU SENANG JEA..
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN NIE MEMANG TAK BLEH BLAH PUNYE DALAM NAK MENGUATKUASAKAN UNDANG2 NANTI..TK CAYA TENGOK LAH NANTI..NIE AKU ADE LINK KAN WEB DIA KAT BAWAH..
http://www.eaic.gov.my/