5 Jun 2013
SENIORITI ADALAH KRITERIA UNTUK KETUA PEMBANGKANG SELANGOR.
AMAKK..POCIKK..I PEMBANGKANG JUGAK.. |
PETALING JAYA - Barisan kepimpinan BN Selangor telah menyenarai
pendekkan dua nama wakil rakyatnya untuk menggalas jawatan ketua
pembangkang di negeri itu.
Dua calon tersebut ialah Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro dan Adun Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias.
Menurut Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus, pemilihan calon ketua
pembangkang itu dilakukan berdasarkan kepada senioriti setelah mereka
berjaya mempertahankan kerusi selama tiga penggal berturut-turut di
Selangor.
"Kita utamakan dua calon senior dan dua nama wakil rakyat BN kami telah pilih iaitu Adun Jeram dan Adun Sungai Burong.
"Kita anggap dua calon itu layak mengisi jawatan Ketua Pembangkang dan
Timbalannya pada penggal kali ini serta akan dibawa perkara ini untuk
diputuskan pucuk pimpinan BN Selangor nanti," katanya kepada Sinar
Harian Online, semalam.
Sebelum ini, jawatan tersebut telah dikosongkan penyandangnya, Datuk
Satim Diman pada penggal lalu setelah tidak bertanding pada PRU13, 5 Mei
lepas.
Dalam pada itu, menurut laporan MStar semalam, terdapat lima nama Adun
BN Selangor telah diluluskan kepimpinan parti perikatan itu untuk
mengisi jawatan itu.
Antaranya ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias
(Sungai Burong), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz
(Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).
Sementara itu, Abdul Shukur berkata, wakil rakyat BN Selangor yang lain
termasuk beliau sendiri akan memberi sokongan sepenuhnya kepada dua
calon terbabit untuk memenuhi agenda dan melaksanakan tugas parti di
negeri itu.
P/S : NAH KORANG JGN TERSILAP PLAK..TAK TAU MANE SATU PEMBANGKANG MANE SATU KERAJAAN WOKEH..TGK CHART KT BAWAH NIH..
HOREYY..AKU SUKA..AKU SUKE.. |
No comments:
Post a Comment