NELAYAN BIMBANG

NELAYAN BIMBANG

Monday, 26 November 2012

HANYA 2 SEBAB..

JANJI DI CAPATIKAN..PENCAPAIAN NTAH KEMANA..1 MALAYSIA DI PERBODOHKAN..

SIAPA rajin belek berita terkini pasti terdengar kisah Presiden United Malay National Organization, Najib Razak memberikan lima sebab mengapa UMNO-BN mesti diberi mandat besar. Kenyataan sebegini lucu. Lucu apabila kita tahu ada lebih daripada sepuluh sebab mengapa UMNO-BN bukan sahaja tidak berhak untuk mendapat mandat lebih besar, malahan dikeluarkan terus daripada Putrajaya.
Tiada yang baru dan segar dengan alasan yang dilontarkan itu. Antaranya Najib Razak menakut-nakutkan bahawa “rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan yang lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan.” Ini merupakan kitar semula yang epik. Kita sudah dengar benda yang sama sejak zaman pelajar sekolah cuma tahu ‘Apple’ itu sejenis buah. Tak sangka sebagai persediaan untuk PRU-13, Najib Razak dan konco-konconya masih kitar semula modal lama.
Mengapa modal “jangan gadai masa depan” yang Najib Razak mainkan ini bermasalah?
Teringat satu kejadian pada 2008. Ketika Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Seorang teman histeria mengatakan Selangor akan menjadi negeri termundur selepas ini. Seolah-olah kiamat sudah melanda Selangor. Ini semua akibat termakan racun momokan UMNO-BN.
Itu empat tahun berlalu. Hari ini Selangor tidak musnah. Begitu juga dengan negeri lain di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Malah Ketua Audit Negara memuji keempat-empat negeri di bawah Pakatan Rakyat berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang. Selain itu negeri terbabit juga dipuji kerana berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing. Setiap tahun kita dapat melihat peningkatan ini. Kalau ini yang Najib Razak katakan kredibiliti yang dipertikai. Adakah skandal membabitkan berjuta ringgit di bawah pemerintahan UMNO-BN itu dikatakan kredibiliti yang diterima?
Kalau dilihat hanya pada kecekapan Pakatan Rakyat menguruskan kerajaan negeri sahaja pun sudah cukup untuk membuktikan Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara lebioh baik daripada BN. Dengan harapan kemampuan mereka mentadbir negeri dapat dinikmati semua rakyat Malaysia.
Kemampuan Pakatan Rakyat sudah terbukti menerusi kerajaan negeri yang ditadbirnya. Maka apa yang menyebabkan Najib Razak mahu menakutkan rakyat? Nah, mungkin ini dua sebabnya:
Pertama, taktik menakut-nakutkan rakyat adalah amalan tradisi UMNO-BN. Lihat saja bagaimana parti komponen BN seperti MCA menakut-nakutkan orang Cina tentang Negara Islam sedangkan di sebelah orang Melayu, UMNO berlagak mempertahankan Negara Islam. Itu jelas bercanggah tapi bagi mereka tidak ada asalkan dapat pertahankan Putrajaya.
Kedua, UMNO-BN melihat rakyat ini bodoh sebab itu mereka terus perbodohkan. Walaupun sekian banyak laporan mengenai betapa cekapnya pentadbiran Pakatan Rakyat dan betapa korupnya rejim UMNO-BN, UMNO-BN menganggap rakyat terlalu bodoh untuk faham semua itu. Maka apa salahnya mengulangi hasutan bahawa Pakatan Rakyat hanya akan bawa kehancuran. Lagipun dengan media perdana yang dikawal rapi masakan rakyat dapat capai maklumat itu.
Dengan dua sebab ini sahaja, ada lagi yang mahukan UMNO-BN memerintah? – Roketkini.com