MACAMANER TAK MENANG PILIHANRAYA..KLAU DAH MENIPU JEA KERJA KORANG..MCM SIAL..
|
MAMPUS PUN LAGI BAIK.. |
P/S: NAK CKP APER LAGI PUN AKU DAH MALEH..DAH LAH PENGKHIANAT..JADIKAN PENGUNDI HANTU,NK SARA TUH PUN PAKAI DUIT RAKYAT BILA RAKYAT CKP KORANG BERLAGAK PANDAI MENGALAHKAN DEWA..LANCAU LAH KORANG SUMER TAKDE TANGGUNGJAWAB LANGSUNG..
BERNAMA.04/01/2013-KUCHING - Kira-kira 300,000 orang pendatang asing tanpa izin (Pati)
tidak dapat dihantar balik ke negara asal mereka berikutan masalah
imigresen di negara terbabit untuk menerima mereka kembali.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari
ini berkata meskipun pihak kerajaan Malaysia mengetahui negara asal Pati
ini namun negara berkenaan berkehendakkan dokumen pengenalan untuk
membuktikan kewarganegaraan Pati terbabit.
Bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kecemasan
untuk kawasan Parlimen Santubong di sini, beliau berkata kerajaan telah
berbincang dengan pihak kedutaan dan wakil kerajaan negara-negara
terbabit bagi mencari kaedah yang lebih menyeluruh untuk menghantar
balik pendatang ini.
Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata pihak kedutaan
dan wakil negara-negara terbabit bagaimanapun mengambil masa yang agak
lama untuk memproses kemasukan semula pendatang-pendatang ini.
"Kita mahu mereka dihantar balik secepat mungkin oleh kerana perkara
ini membebankan kita. Tiap-tiap hari kita memberi makan, memberi
layanan, memberi (perkhidmatan) kesihatan kepada orang-orang yang datang
ini," katanya.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berharap laporan akhir Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah berkemungkinan
dapat dijadikan asas untuk membentuk kaedah lebih berkesan menyelesaikan
masalah pendatang yang tidak dapat dihantar balik ini.
Katanya kerajaan sedang menunggu laporan berkenaan dibentangkan di
Parlimen sebelum dapat melaksanakan mekanisme yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di negara ini yang
tidak dapat dihantar balik.
"Harapan saya laporan dari RCI ini akan siap dan akan dibentangkan di
Parlimen pada sesi yang akan datang (Mac ini)," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment