NELAYAN BIMBANG

NELAYAN BIMBANG

Friday 3 May 2013

MEMANG HARAM PUNYE BARISAN NASIONAL..INGAT KLAU ADE BUKAN RAKYAT MALAYSIA YANG MENGUNDI 05/05/2013..TUNGGU LAH KORANG..









Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.
Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.
Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi. ~kerajaanrakyat.blogspot




KUALA LUMPUR, 3 Mei — “Rakan-rakan” Barisan Nasional (BN) telah melakukan satu kesalahan pilihan raya dengan menerbangkan pengundi dari Malaysia timur ke negeri-negeri utama di semenanjung, kata peguam kanan Datuk Ambiga Sreenevasan.
Ambiga (gambar) yang merupakan pengerusi Bersama Bersih 2.0 juga berkata penerbangan sebegini “sangat mencurigakan” dan membangkitkan kebiasaannya penduduk Sabah dan Sarawak bekerja di semenanjung yang terbang pulang ke negeri Borneo itu dan bukan sebaliknya.
“Ia merupakan kesalahan di bawah 20(6)(b),” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi merujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ambiga juga mengatakan di bawah seksyen tersebut, pengundi boleh diterbangkan ke tempat mengundi mereka menyeberangi laut, akan tetapi pengangkutan sedemikian perlu disediakan kepada semua pengundi.
Beliau berkata, bagaimanapun, oleh kerana penerbangan itu disediakan oleh “rakan-rakan” BN, adalah mungkin penerbangan hanya bagi mereka yang mengundi untuk gabungan itu.
“Kamu mesti berikan kepada semua. Itu ujiannya. Kamu tidak boleh selektif,” kata Ambiga.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengakui semalam pengundi diterbangkan ke semenanjung, tetapi menegaskan ianya ditaja oleh “rakan-rakan” BN sebagai sebahagian daripada kempen parti “keluar mencari undi” untuk Pilihan Raya 2013.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan semalam terdapat 40,000 pengundi diragui, termasuk rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan masuk dari Sabah dan Sarawak semenjak minggu lepas ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.
Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan Pakatan Rakyat (PR) rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.
Syarikat penerbangan nasional MAS juga telah menafikan dakwaan ia akan menggerakkan penerbangan sewa khas untuk mengangkut pengundi hantu.
Ambiga mendesak BN untuk mendedahkan senarai penuh pengundi yang diterbangkan ke semenanjung dan dimana mereka akan mengundi pada pilihan raya dilihat paling sengit dalam sejarah semenjak Merdeka.
“Mereka harus kedepan dan beritahu kita cerita penuh — siapa mereka, nama mereka, dimana mereka akan mengundi dan apakah mereka ada bantahan jika ada yang mahu menemuramah mereka,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
“Adakah penduduk Malaysia barat ini menetap atau bekerja di Malaysia timur? Mengapa mereka dalam kumpulan besar hanya di beberapa kawasan Malaysia barat? Tambah beliau.
Ambiga juga menyelar dakwaan Tengku Adnan penerbangan sebegini merupakan amalan biasa semasa pilihan raya, mengatakan: “Beban Pesawat sangat luar biasa”.
Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, berjumlah kira-kira 889,000 orang, rakyat asing yang kebanyakkannya datang dari Filipina dan Indonesia.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah, yang bermula Januari lalu mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.
Sumber Kredit TMI



APE YG AKU NK TULIS KAT CNI SATU JEA..KEPADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL..
KLAU AKU NAMPAK DEPAN MATA AKU BENDA HARAM NIE TERJADI AKU NAK BAGI SATU JAWAPAN YG PALING SIMPLE JEA..KORANG TENGOK LAH VIDEO KAT BAWAH NIH..















No comments: