NELAYAN BIMBANG

NELAYAN BIMBANG

Thursday 30 May 2013

DIMANA BARISAN NASIONAL MEMERINTAH,DISITULAH LAH RAKYAT SUSAH..FAKTA!!!..








30 Mei 2013 / 20 Rejab 1434
   Oleh ZAAIN ZIN
   pengarang@utusan.com.my


          'Kami tiada pilihan lain'

Zakaria Bolkiah menunjukkan bot ekspres 'Kawan Mas' yang sempat dirakam melalui telefon bimbitnya, semalam, manakala gambar atas pula salah satu keadaan jalan darat dari Bakun ke Sibu. - MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

 BELAGA 29 Mei - "Jalan darat yang ada terlalu teruk keadaannya dan kami tiada pilihan selain menaiki bot ekspres."

Demikian jawapan penduduk di daerah ini semasa ditanya mengapa perkhidmatan bot ekspres menjadi pilihan utama mereka untuk keluar ke bandar terdekat walaupun tambangnya agak tinggi.Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, tambang perkhidmatan pengangkutan air itu tidak semurah yang disangka, sebaliknya agak membebankan terutama kepada mereka yang mempunyai keluarga besar.

Seorang surirumah yang hanya ingin dikenali sebagai Sonia, 31, memberitahu, tambang bot ekspres dari Belaga ke Kapit dan Sibu masing-masing mencecah RM35 dan RM55 bagi setiap penumpang dan adakalanya lebih mahal pada musim perayaan.Beliau berkata, dia dan suami perlu mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos mereka dan tiga anak setiap kali mahu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kapit.

"Tiada jalan darat ke Kapit dan jalan sedia ada cuma menghubungkan Belaga dengan Bintulu dan itu pun sekadar jalan balak yang kerap terputus hubungan akibat tanah runtuh terutama jika hujan."Sebuah lagi jalan darat berturap yang turut menghubungkan Belaga dengan Bintulu sudah siap dibina pihak tentera namun tiada jambatan. Jadi kami menggunakan bot ekspres walaupun mahal dan mengambil masa sehingga empat atau lima jam," katanya.Kakitangan awam, Katijah Abdullah, 33, pula berkata, perkhidmatan bot ekspres yang melalui daerah tersebut hanya dua kali sehari, iaitu laluan Bakun-Belaga-Kapit-Sibu pada sebelah pagi serta laluan Sibu-Kapit-Belaga-Bakun pada sebelah petang.

Jika terlepas perkhidmatan tersebut, katanya, mereka terpaksa menunggu keesokan hari atau memilih pengangkutan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipanggil 'prebet' dengan bayaran RM50 setiap penumpang.Sementara itu, seorang pelajar, Zakaria Bolkiah, 20, berkata, jumlah penumpang bot ekspres meningkat mendadak setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah."Ikutkan hati ingin guna jalan darat namun apakan daya, jalan raya terlalu teruk sehingga tiada teksi atau bas sanggup masuk kecuali prebet," katanya.

P/S: OK AKU NAK SKRG NIH KORANG PERHATIKAN BETUL2 BAGAIMANA KEJADIAN NIH BOLEH BERLAKU..TENGOK GAMBAR DI BAWAH..SITUASI SEBENAR YG BERLAKU SEHARIAN..INGAT INI BUKAN DI PAKISTAN,INDIA MAHUPUN BANGLADESH..
MALAYSIA DAH WUJUH 50TAHUN BHAI..KENAPA MASIH TERJADI BEGINI????...

- SAPE YANG NAK DIPERSALAHKAN SEKARANG??..RAKYAT??..PENGUSAHA BOT??..
AKU RASA KORANG SUME DAH TAHU JAWAPAN NYE KAN..
TAKZIAH DARI AKU UNTUK YANG TELAH PERGI SELAMA..

KORANG PELIK TAK MENGAPA KEJADIAN DIATAS BERLAKU..KLAU KORANG SUME NAK TAHU MENGAPA KEJADIAN INI BERLAKU DAN MUNGKIN BAKAL BERLAKU,AKU BAGI JAWAPAN NYE..INGAT!!!..GAMBAR DI BAWAH BUKAN DI SRI LANGKA,SOMALIA MAHUPUN REPUBLIC DEMOCRATIC OF CONGO..INI SEMUA BERLAKU DI MALAYSIA..

HIDUP BN..HIDUP BN..HIDUP BN..

 

No comments: