NELAYAN BIMBANG

NELAYAN BIMBANG

Monday 2 September 2013

HEPI BESDAY-02 SEPTEMBER 1998..REFORMASI BERMULA..

REFORMASI!!!..
REFORMASI!!!..
REFORMASI!!!..

 
Slogan keramat yang memecah suasana tenang politik Malaysia sesudah bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.
Maka bermulalah gerakan besar-besaran rakyat yang bangun mempertahankan keadilan dan menyanggah kezaliman Mahathir dan kuncu-kuncunya sejak krisis ekonomi Asia setahun sebelumnya.

Jika diamati gerakan ini yang genap 13 tahun hari ini, telah banyak kebobrokan rejim Umno/BN dibongkar satu persatu melalui serangan politik yang konsisten biarpun Anwar sendiri hidup di penjara selama enam tahun.
Dan, setelah 15 tahun berlalu, Anwar tetap istiqamah dengan pendiriannya bahawa rejim Umno/BN mesti ditumbangkan untuk menyelamatkan Malaysia dari kemusnahan total tidak kira siapa pemimpinnya.