NELAYAN BIMBANG

NELAYAN BIMBANG

Thursday 10 January 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT ON DA WAY..

JOM TURUN RAMAI-RAMAI..
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112) perlu mematuhi semua arahan yang diberikan pimpinan semasa berkumpul dan bergerak ke Stadium Merdeka Sabtu ini.Ini kerana, Penganjur HKR 112 dan polis sudah menyatakan persetujuan bersama bagi menetapkan beberapa lokasi yang akan dijadikan lokasi awal berkumpul.
Perkara ini dinyatakan Ahli Jawatankuasa Penganjur HKR 112, Hishamuddin Rais dalam satu sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi selepas perbincangan bersama lebih satu jam bersama pihak polis.
Lokasi dan pimpinan Pakatan Rakyat yang terlibat adalah seperti berikut:
Brickfields – Aruchelvan, Maria Chin Abdullah dan Faizal Yusof.
Universiti Malaya – Nurul Izzah, Ng Suee Lim dan Raja Iskandar, Adam Adli, Safwan Anang.
KLCC – Mazlan Aliman, Datuk Husam Musa, Datuk Teng Chang Kim.
Jalan Sultan – Ronnie Liu, Fuziah Salleh
Pasar Seni – Dr Siti Mariah, Taresa Kok, Elizabeth Wong
Padang Sultan Sulaiman – Chegu Bard
Selain itu, penganjur juga turut menyatakan empat jalan utama akan ditutup bagi memastikan perhimpunan dan pergerakkan peserta berlangsung lancar.
Empat jalan tersebut adalah Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Jalan Stadium dan Jalan Maharajalela.
Menurut Hishamuddin lagi, peserta turut diingatkan supaya menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakkan pada hari himpunan.
“Kami daripada pihak penganjur juga meminta peniaga-peniaga berniaga kalau boleh di seberang jalan berhampiran Chinese Assambly Hall (KLCAH).
“Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang dipersetujui bersama  polis tadi,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur HKR, Mohammad Sabu aka Charles Bronson menyatakan, perbincangan bersama pihak pengurusan Stadium Merdeka pagi tadi berlangsung positif.
Selain itu, pihaknya juga bersedia mematuhi 27 peraturan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam Akta Himpunan Aman 2012.
“Perbincangan stadium cukup positif di mana perkara tentang keselamatan dan teknikal,” katanya.
Beliau menambah, penganjur juga akan menyediakan 10,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada Unit Amal dan  anggota Pakatan Rakyat bagi membantu perjalanan himpunan.

SO TO ALL MEMBERS,SUPPORTERS,TAK KIRA LAH KORANG BANGSA APE..AGAMA APE..TUA KE MUDA KE BELIA KE KANAK2 KE..KLAU RASA NAK TUNJUK KAN PADA MALAYSIA KHAS NYE..DUNIA UMUM NYE..KORANG SUME PATUT HADIR..NIE NEGARA KITA..TANAH TUMPAH NYA DARAH KITA..NEGARA NIE RAKYAT YG PUNYE..BUKAN UMNO/BN YG PUNYE WOKEHH..
 BERDOA LAH KITE SEBELUM MEMULAKAN PERJALAN SUPAYA SLAMAT PEGI..SLAMAT BALIK OK..
AKU PUNYE ROUTE DARI TREN TG.MALIM - MANE2 TEMPAT YG BLEH TURUN - TG.MALIM BALIK..HEH.HEH.HEH..