NELAYAN BIMBANG

NELAYAN BIMBANG

Monday 3 December 2012

08/12/2012..TIME NIE LAH HERO2 MELAYU ISLAM NAK TUNJUK TARING KAT LITAR SEPANG..

PESTA NIE AKAN BERLAKU TAK LAME JEA LAGI..SO KEPADA PM KITE YG CKP PASAL ISLAM..TUAN MUFTI PERAK YG MMG PRO UMNO/BN SO APE LAGI MANE LU PUNYE FATWA BEB..TO HASSAN BERAS JATI YG DOK KOMPANG,DIA SORANG JEA YG 100% AKIDAH PERFECT APE LAGI TUNGGU LAH KT DPN PINTU PESTA TU NANTI BAGI LAH CERAMAH PASAL AKIDAH..SAME LAH NGAN SATU LAGI MANGKUK SI NASHARUDDIN LEBAI MALANG..HAHH TIME NIE LAH LU NAK TUNJUK LU PUNYE HERO BEB..TAK LUPE GAK PADE PERKASA,PEKIDA NGAN SEGALA MCM NGO YG PONG..PANG..PASAL ISLAM,AKIDAH,MURTAD..PELUANG UTK KORANG TUNJUK HERO..

          UMNO perkasa agenda Islam

Orang ramai berdoa selepas solat Jumaat di luar dewan yang dikhaskan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/ MOHD AZIM ABD RAHMAN

Sejak akhir-akhir ini semakin kuat tohmahan oleh para pencacai parti pembangkang yang mendakwa bahawa UMNO parti sekular dan parti yang menolak Islam. Semacam sudah menjadi tradisi setiap kali menjelangnya pilihan raya, maka berkumandanglah isu-isu sebegini yang semacam tiada berkesudahan hingga melarat-larat ke peringkat doa menjahanamkan sesama Islam bahkan mempertikaikan akidah saudara seagama.
Istilah sekular atau sekularisme secara tuntas dapat difahami sebagai satu fahaman atau ideologi yang memisahkan agama daripada apa jua aspek kehidupan duniawi. Fahaman seumpama ini tentunya tidak secocok dengan Islam yang difahami sebagai ad-Deen atau satu cara hidup syumul yang tidak sesekali memisahkan agama daripada aspek-aspek keduniaan dan kenegaraan.
Persoalannya, apakah benar UMNO parti sekular bahkan menolak Islam sebagaimana yang didakwa oleh pihak pembangkang? Adakah selama 66 tahun UMNO ditubuhkan, Islam dipisahkan daripada sebarang dasar mahupun agenda pemerintahan? Atau apakah UMNO selaku parti teras kerajaan Barisan Nasional selama ini menentang sebarang usaha memartabatkan dan memperkasakan syiar Islam?
Apa yang pasti jika ditelusuri isu ini secara objektif dengan hati yang bersih menggunakan kacamata yang jernih, maka kita akan dapati bahawa UMNO tidak pernah mengesampingkan Islam dalam agenda perjuangannya. Bahkan agenda Islam dizahirkan dalam Perlembagaan UMNO Fasal 3.3 yang menyebutkan secara jelas bahawa asas dan matlamat perjuangan UMNO antara lainya ialah "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama".
Malah penegasan mengenai komitmen UMNO terhadap agenda Islam ini terus disebut oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar beliau sempena Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.
Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur kerana mempunyai sebuah kerajaan yang begitu akomodatif kepada ajaran Islam. Apa yang dimaksudkan penulis dengan nilai akomodatif ini ialah kesediaan kerajaan yang diterajui UMNO untuk turut terlibat aktif dalam meratakan kefahaman Islam sekali gus memartabatkan prinsip dan nilai-nilai Islam sama ada dalam perjuangan mahupun pemerintahan.
Sememangnya UMNO telah banyak menyumbang kepada peningkatan syiar Islam sama ada berbentuk fizikal seperti perundangan, pembangunan prasarana dan institusi keagamaan mahupun dalam konteks penerapan nilai-nilai Islam melalui pendidikan, sosial dan pembangunan ekonomi.
Sikap akomodatif UMNO ini jugalah yang memungkinkan berlakunya transformasi sosial masyarakat sehingga meningkatnya kesedaran dan keinginan untuk hidup beragama berpandukan nilai-nilai Islam yang luhur.
Kesedaran terhadap Islam juga tampak semakin mengakar dalam masyarakat kini khususnya generasi yang lahir pasca kemerdekaan dan melalui sistem pendidikan berorientasikan dasar penerapan nilai-nilai Islam yang diperkenalkan kerajaan. Natijahnya Islam tampak kian menyubur dalam masyarakat hinggakan pelbagai program agama bercambah dan berkembang bagaikan cendawan selepas hujan.
Sistem ekonomi Islam berasaskan syariah yang bebas daripada riba umpamanya, terus menjadi model negara-negara Islam mahupun bukan Islam seantero dunia. Malah mungkin ramai yang masih tidak menyedari bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sistem dan infrastruktur kewangan Islam yang paling komprehensif bersifat menyeluruh.
Daripada institusi perbankan Islam, takaful, pasaran modal Islam yang menyantuni keperluan pelbagai kelompok masyarakat hinggalah kepada skim-skim pembiayaan mikro patuh syariah kepada golongan berpendapatan rendah dan usahawan-usahawan kecil. Ini adalah sebahagian daripada keseriusan kerajaan UMNO dalam mengembangkan syiar dan prinsip Islam dalam bidang muamalah hingga mendapat pengiktirafan dan dijadikan model negara-negara Islam lain.
Pengalaman penulis menjelajahi pelbagai negara seantero dunia yang ingin belajar daripada Malaysia dalam membangunkan sistem kewangan Islam berpandukan Syariah sentiasa dihujani dengan kenyataan kekaguman mereka terhadap Malaysia.
Malah agenda memartabatkan Islam ini amat dicemburui oleh banyak pemikir dan ulama antarabangsa yang sentiasa menjadi mangsa sikap keras kebanyakan kerajaan khususnya di Timur Tengah yang bukan setakat tidak akomodatif malah kadang kala menentang apa jua inisiatif individu yang ingin menyuburkan syiar Islam.
Keadaan cukup berbeza dalam konteks negara kita Malaysia. Kewujudan Pas sebagai sebuah parti berjenama Islam sudah cukup membuktikan keterbukaan dan sikap demokratik kerajaan.
Kerajaan Malaysia di bawah UMNO bukan sahaja memberikan kebebasan kepada pertubuhan-pertubuhan dakwah untuk berkembang subur malah turut berperanan aktif mengembangkan dan menginstitusikan agenda Islam.
Bagaimanapun, dewasa ini wujud kecenderungan segelintir untuk memperlekeh dan menidakkan usaha-usaha UMNO khususnya yang berkaitan dengan agenda memartabatkan syiar Islam. Apa sahaja program agama dan agenda Islam yang digagaskan mahupun yang telah dilaksanakan sering kali cuba diremeh dan diperkecilkan seolah-olah hanya bertujuan meraih undi dan sokongan murahan.
Sebenarnya kecenderungan meremehkan usaha dan tindakan orang lain khususnya dalam upaya memartabatkan Islam bertitik-tolak daripada sikap sesetengah pihak yang merasai bahawa Islam hanya milik mereka. Mereka lebih kudus dan suci daripada orang lain. Justeru merekalah yang lebih berhak memperjuang dan melaksanakan Islam di bumi Malaysia ini.
Perasaan angkuh, bongkak dan takabur inilah yang akhirnya membiakkan prasangka buruk hingga sanggup menafikan sumbangan orang lain. Golongan seperti ini seharusnya takut dengan amaran tegas Allah agar menjauhi tabiat sebegini sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Najm ayat 32 yang bermaksud: Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) yang paling mengetahui tentang orang-orang yang bertakwa.
Mengambil iktibar daripada ayat Allah ini seharusnya menyedarkan kita betapa pentingnya untuk kita benar-benar menghayati akhlak Islam sebenar. Sikap memperlekeh tahap keislaman orang lain seharusnya tidak wujud dalam sanubari seorang Mukmin kerana ia hanya akan menjerumus umat ke dalam kancah pertembungan emosi yang membinasakan.
Justeru, UMNO tidak perlu lagi mempedulikan apa orang kata. Yang penting pendokong perlu terus dipasakkan dengan kefahaman agar terus istiqamah memperkasakan Islam dalam agenda perjuangannya. Bagaimanapun perjuangan Islam tidak akan sempurna jika amalan dan pegangan peribadi dikesampingkan.
Kesedaran yang tinggi mahupun semangat menggunung semata-mata tidak cukup sekiranya pengamalan terhadap prinsip-prinsip asas yang mendasari ajaran Islam tidak benar-benar merata dan menyeluruh.
Memang masih banyak lagi ruang pembaikan yang boleh dilakukan UMNO bagi tujuan memperkasa Islam dalam parti dan pentadbiran negara. Ini termasuklah membersihkan parti daripada penyimpangan seperti rasuah, cah keting dan apa jua bentuk amalan yang ditegah Islam.
Apa yang paling penting kita harus mengerti bahawa program perlaksanaan syariat dalam konteks suasana kemalaysiaan yang serba rapuh (fragile) ini harus dilakukan secara hikmah dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan yang cukup calculative. Akhirnya matlamat biar tercapai tanpa kegoncangan-kegoncangan yang tidak perlu. Bak kata pepatah 'ikan biar tertangkap, tetapi air jangan sampai keruh'.