NELAYAN BIMBANG

NELAYAN BIMBANG

Saturday, 19 January 2013

VIDEO KLIP LUCAH TAK LUCAH LAH..DARI SIMANGKUK LISTEN..KAH..KAH..KAH..

KAH..KAH..KAH..NIE LAH BILA UMNO/BN DI WAKILI ORANG BANGANG..KAH..KAH..KAH..
MULA2 AKU MALEH NAK AMIK PORT SANGAT PASAL HAL NIE TP NANTI ORANG CKP KANG AKU NIE KETINGGALAN ZAMAN PLAK..SO JOIN LAH SKALI..KAH..KAH..KAH..
KAT BAWAH NIE AKU BAGI YG VERSI REMIX PUNYE..DARI PENYANYI ASAL..
SO LAYAANNN...


YANG KAT BAWAH NIE PLAK VERSI ARTIS YG BUKAN PENYANYI ASAL..
SO LAYAN GAK LAHH...


Wednesday, 16 January 2013

RENUNGLAH SEJENAK..HASIL NUKILAN RAKAN2 BLOGGER PR UTK UMNO/BN..








RATUSAN RIBU YG HADIR DEMI MEMPERJUANGKAN AGAMA.BANGSA.NEGARA
  

BULAN..BINTANG..LANGIT..MATAHARI JADI SAKSI..TAK PAYAH UTUSAN MELOYA ATAU TV3 SUKU..
 RASA BANGGA BILA SEMUA BANGSA DAN PELBAGAI AGAMA HADIR UTK MELAFAZ NIAT UTK MENUMBANGKAN UMNO/BN..
TK PAYAH BAGI NASI BUNGKUS..TEH O IKAT TEPI..TAK PERLU DUIT RASUAH UTK MENGHADIRKAN DIRI..N NO TRANSPORT DI SEDIAKAN..
JANJI KAMI SEMUA YG HADIR..HUMBAN UMNO/BN KE DALAM LIANG LAHAT..

KAT BAWAH NIE APE YG SEBENAR NYE BERLAKU PADA HARI YG SAMA TARIKH YG SAME DAN WAKTU YG SAMA DI MAJLIS BERTEMU PM DI RINCING SEMENYIH..

ANDA LIHAT LAH SENDIRI..KENYATAAN..
DAN ANDA BANDINGKAN DGN GAMBAR DI BAWAH..

 

 DAN INI PENGANGKUTAN MEREKA..LEBIH DARI 50 BUAH BAS DIANGKUT UTK BAWAK DIAORANG NIE SEMUA..

JEM TERUK DARI BERANANG KE SEMENYIH..


 500 atau 700 ribu orang yang hadhir di KL112, bukan lagi isu besar. Yang penting ialah rakyat pelbagai bangsa disatukan oleh azam menumbangkan UMNO/BN yang korap dan menzalimi rakyat. UMNO dan Najib tidak ada jawapan kepada kebangkitan rakyat. Yang boleh mereka lakukan ialah bermain2 dengan angka jumlah himpunan.

Ratusan Ribu berhimpun di Stadium Merdeka untuk membaskan diri dari kerajaan yang korap, dan rasuah. Pada masa yang sama, Najib menghimpunkan kaum India di Semenyih merasuah mereka dengan sekampit beras dan ole2. Najib pun bangga melihat kekuatan mereka yang menghulurkan tangan dan berebut rebutan.

 Orang Cina bergaul dengan orang Melayu dan mendapati orang Melayu juga manusia seperti mereka- ada perasaan takut dan ada harapan menggunung inginkan kerajaan yang baik. Orang Melayu bergaul dengan Cina dan India dan dapati mereka juga manusia biasa. Ada rasa takut dan ada harapan. Mereka saling faham memahami. Setiap yang hadir memberi kekuatan kepada satu sama lain. Kekuatan inilah yang akan menumbangkan kerajaan yangangkuh.


Tidak ada masaalah seperti yang selama ini digambarkan oleh UMNO. Kenapa pemimpin UMNO berniaga dengan orang Cina tapi orang Melayu kebanyakan diajar untuk benci dan kelahi dengan orang Cina?

Orang India dan Cina hairan mengapa UMNO hilang akal. Jika PR memerintah, yang jadi PM tetap orang Melayu. Tatap ba!. Bukan Guan Eng atau Kit Siang. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi. Ugama Islam tetap agama rasmi dan tetap dianuti oleh orang Melayu. Kesemua kepentingan Melayu ini tidak diancam pun. India dan Cina tidak mahu mengubah ini semua.Mereka tidak boleh ubah pun.

Raja2 Melayu tetap Raja Melayu bukan Raja Cina atau India. Mereka tetap muslim yang baik, menjaga kesucian agama Islam dengan menjadikan diri mereka ummatan wasatho- umat pertengahan yang jadi contoh teladan. Mereka manusia teladan yang tidak berzina dan tidak minum arak.

Yang diubah ialah UMNO disingkirkan digantikan dengan orang Melayu lain. Kalau UMNO lawan PAS, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau PAS menang, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau saya menang PRU13, saya kalahkan seorang Cina MCA. Yang menang ialah Melayu. Melayu saya tidak kurang dari Melayu orang UMNO.

Jadi apa masaalah? Yang berdepan dengan masaalah ialah pemimpin Melayu dari UMNO yang rasuah dan korap yang sudah menyamun harta benda rakyat. Mereka yang takut dan cemas. Yang rasa takut ialah Shahrizat Jalil, Raja Ropiaah, Zahid Hamidi, Syed Mokhtar Bukhari, ketua2 bahagian UMNO yang rasuah dan sapu tanah rakyat. Yang takut ialah Najib bila kita kemukakan Deepak Jaikishan dan suruh menyanyi macam burung kenari. Yang takut ialah tauke2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO untuk samun negara ini. Tauke India juga.

Apa yang perlu nya majoriti orang Melayu ratapkan apabila segelintir kaki busuk bangsa Melayu ini ditumpaskan? Rakyat Melayu yang menang!

Najib kata dia gembira melihat ramai manusia datang bertemu dengan nya di Tesco Semenyih. Memang itu perasaan orang feudal yang melhat hamba abdi berpusu pusu dan bersyusyun syusyun menadah tangan mendapatkan ole2 yang dibawa nya.

Ribuan kaum India dikerah oleh IPF untuk bertemu dengan Najib. Mereka diangkut dengan bas dan dijanjikan akan mendapat ole2 dari Najib. Najib bilang, terus sokong dia, maka banyak masaalah kaum India akan selesai. Kamu ada 55 tahun tak dapat selesai maka sekarang dalam masa 5 tahun, pasti beres?

Saya setuju. Kaum India mesti terus beri Najib nambikei mereka dan apa apa lagi yang mahu diberi. Berikan Najib tairu, apom dan tosei. Najib akan terus memperlakukan kaum India terutama yang susah sebagai peminta sedekah. Keadaan jadi kelam kabut apaila orang ramai berpusu pusu mendapatkan kampit hamper yang disediakan sebagai penarik kehadiran kaum India. Penyibar nombor wahid propaganda dan pembohongan UMNO merasakan lebih wajar menyiarkan himpunan merebut beras daripada himpunan kebangkitan rakyat. Bersedialah kamu mencari perkerjaan baru. Mengikut kiraan Rais Yatim, lebih 50,000 datang. Tesco hampir habis semua barangan mereka. Bil akan dihantar ke JPM untuk mendapat bayaran.

Inlah yang boleh UMNO tawarkan. Jangan tanya apa UMNO boleh buat, tanya apa kamu boleh buat pada UMNO. Maklum sahaja, UMNO itu penaung dan kita yang dinaungi. UMNO penjaga keselamatan dan kebajikan. Orang Melayu yang beragama Islam sia2 mengistiharkan solat dan ibadat mereka, hidup mereka dan mati mereka kerana Allah- sebab sebaik sahaja keluar pintu, pemberi rezeki ialah UMNO.

Tanya apa yang kamu boleh buat untuk UMNO kerana UMNO itu tuan dan UMNO itu penaung kepada kamu.

55 tahun diperlakukan sebagai hamba abdi, ini kalilah kita bangkit mengistiharkan merdeka dan penjajahan UMNO. Kaum India! Bersatulah dan singkirkan UMNO yang memperhambakan kamu! Nilai kamu bukan sekampit beras! ~ RM





MALAS AKU NK KOMEN PASAL PARTI PENIPU BESAR NIH..














BERTAMBAH LAH AHLI PONDAN DALAM UMNO..

KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.
Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.
“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.
Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.
Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.
“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.
“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.
Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.
Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.
Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.
Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.
Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu..16/01/2013
P/S :AAKU DAH PERNAH ULAS DAH PSAL HAL NIE..UMNO/BN NIE MMG RAMAI GOLONGAN PONDAN..YG HUNUS KERIS DULU TU PUN PONDAN..KETUA NYE BILA D AJAK BERDEBAT PUN TERUS KECUT TELO..MAKNE NYE PONDAN GAK LAH..
YG LAGI TRUK BILA BLOGGER2 DIA ORG TU PUN TERGOLONG DLM KEPONDANAN GAK..YG MERAYU..YG TK NGAKU BLOG DIA..YG MINTA MAAF..YG MINTA SETTLE KT LUAR..YG LARI TRUS PUN ADE..KEHH..KEHH.KEHH..BLUM MASUK PAPER FITNAH DIA YG TUNGGU BANGKRAP JEA LAGI..YG NIE PLAK KETUA GAK TP PEMUDA NYE PUN CABUT GAK..PARTI PONDAN BETUL LAH KORANG NIE..KAH.KAH.KAH..

UMNO/BN SAMA DENGAN ISRAEL..TENGOK LAH SENDRI..

Satu surat rasmi kerajaan Malaysia yang telah di bocorkan oleh kekitangan JPM menunjukkan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu Dr M telah memohon dana dari Tel Aviv iaitu negara Israel
Untuk makluman.. Tel Aviv tu bukan dekat Sekincan tau!!!  nun kat tanah asalnya Palestin.
Jelas ianya menmalukan negara dan membuktikan bahawa negara kita berhubungan baik dengan regim zionis Israil.
Apa lagi penyokong2 umno nak kata? listen!!! listen!!! ulang 44 kali...

KLAU DAH KAKI PEMBOHONG PUSING TAKAT MANE PUN TETAP PENIPU GAK..